Selamat Datang Ke blog Sk kuala Wau

Monday, January 24, 2011

ASAL USUL NAMA SK. KUALA WAU

Sk Kaula wau diberi nama sempena nama Kampung Kuala wau.
kampung ini diberi nama Kuala Wau kerana terdapat sebatang anak sungai Pahang.

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA WAU

 Sekolah Kebangsaan Kuala Wau dibina sebelum merdeka lagi. Ianya dibina diatas kesedaran orang kampung tenteng ilmu pengetahuan pada masa itu. Bangunan asal dibina tanpa bantuan wang dari kerajaan. Ianya dibina dengan hanya menggunakan atap cucuh, lantai batang tepuh dan berdindingkan buluh. Pada awal penggunaannya terdapat 7 orag guru dan seorang guru agama. Pelajran pada masa itu banyak menekankan cara-cara bercucuk tanam.

Setelah beberapa lama sekolah ini beroperasi dan bilangan palajar juga bertambah, pihak guru dan penduduk kampung telah meminta bantuan kerajaan untuk membina banguna sekolah yang baru. Maka terbinalah bangunan sekolah yang ketiga kemudian bangunan pertama dan kedua telah dirobohkan.

pada tahun 1984, terbinalah satu lagi bangunan batu SKKW (bangunan ke empat) dan ianya telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Orang kaya Indera Shah Bandar Dato' Najib bin Tun haji Abdul Razak DSAP, SIMP Menteri besar Pahang. Ianya dibina bersama asrama Putera dan asrama Puteri.

Kemudiannya pada Jun 2003, bangunan terbaru yaitu bangunan yang kelima telah dibina dan digunakan sehingga kini bersama prasarana lain.